CSM merupakan pengilang dan pengedar produk minuman berasaskan susu kambing di Malaysia. Ditubuhkan pada Mac 2005 dan beroperasi di Kompleks Kilang SME Bank Seremban, Lot 39, Jalan Lombong Emas 5, Taman Perindustrian Ringan Tun Dr. Ismail, 70200 Seremban, Negeri Sembilan.

Produk keluaran CSM menepati citarasa pengguna di Malaysia. CSM merupakan kilang pengeluar produk jenama TOK’ ALI.

CSM berkepakaran dalam menghasilkan produk berasaskan susu kambing, koko, kopi, oat dan sebagainya. CSM membuka peluang kepada para ushawan untuk mengeluarkan produk jenama sendiri yang lebih dikenali sebagai OEM pada tahun 2012.

ORIGINAL EQUIPMENT MANUFACTURE (OEM) bermaksud pengeluar (pengilang) yang membuat produk untuk usahawan lain bermula dengan penyediaan produk, pembungkusan sehinggalah kepada penghantaran terus kepada usahawan yang menempah produk jenama sendiri. CSM menyediakan produk mengikut kehendak usahawan termasuk rekaan produk jenama sendiri, kotak, dan produk sendiri. Produk boleh dikeluarkan mengikut citarasa konsultan kilang atau pilihan usahawan sendiri.

Sekiranya usahawan mempunyai idea atau cadangan yang lain, pihak CSM sentiasa terbuka untuk mengeluarkan produk jenama sendiri dari pihak usahawan tersebut. Sehingga tahun 2017, lebih 70 usahawan yang telah berjaya bersama produk jenama sendiri (OEM) keluaran CSM.